Kelas Asas Internet (Mencipta Alamat Email)

15 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai lima orang peserta dan kesemuanya adalah lelaki yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana cara untuk mencipta alamat email bagi setiap pelajar yang mengikuti kelas tersebut.Pertama sekali pelajar mestilah membuat pendaftaran baru untuk pembukaan akaun email yang baru.Pelajar mestilah mengisi butiran yang lengkap seperti yang diminta.Pelajar juga diingatkan supaya meletakkan alamat email dan kata laluan yang mudah supaya senang diingati.Selepas daftar akaun email,peserta dikehendaki memasukkan semula akaun email dan kata laluan yang telah didaftarkan samaada akaun yang telah didaftarkan boleh digunakan atau tidak.Setiap pelajar diajar sehingga akaun email boleh digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas